Thursday, December 15, 2016

Zakat Emas Dan Perak

Entri #42: Zakat Emas Dan Perak
Ahli: Noor Azila Mohamad (powergoldpaka)
Sumber: Group Bahtera Emas 24K
Foto: Google images




Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab.

- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.

- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)


Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

2. Zakat emas yang dipakai.




1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.


Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.


Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000

= RM400



2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)


Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram

Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:

= 250 gram – 150 gram (uruf)

= 100gram


Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)

= 2.5% x (100 gram x RM157.00)

= RM392.00


Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.

Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram

Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram

Uruf emas bagi negeri Melaka adalah 200 gram

Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram

Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram

Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram

Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram

Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf

Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram

Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram

Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram

Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000

Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram



Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.

- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)


Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%

Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999

Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500

Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500

= RM112.50


# Zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.




Saturday, September 24, 2016

Tidak Perlu Maintain...

Entri #41: Tidak Perlu Maintain
Teks: Noor Azila Mohamad (powergoldpaka)
Sumber: Group Bahtera Emas 24K

Foto: powergold.biz



TIDAK PERLU MAINTAIN SETIAP BULAN BILA DAH JADI AHLI POWERGOLDπŸš—

■JANGAN FOKUS KEPADA TERPAKSA MEMBELI EMAS.

Powergold tiada pembelian bulanan. Beli emas mengikut kemampuan anda pasa bila-bila masa.


■JANGAN FOKUS KEPADA TERPAKSA MENJUAL.

Jika tidak minat menjual jadi tak payah menjual.


■JANGAN FOKUS KEPADA TERPAKSA MENCARI AHLI.

Jika tidak minat mencari ahli & bonus rangkaian jadi tak payah cari ahli @ orang.


Cuma ANDA HANYA PERLU FOKUS DENGAN APA YG ANDA MINAT TERHADAP EMAS & TAWARAN POWERGOLD YG MANAKAH MEMBANTU MINAT ANDA TRSEBUT.


Akhir kata,siapa ada target & berusaha, dia akan mendapat hasilnya.

πŸ‘Hika anda target untuk simpan emas brkilo2, anda harus pandai bajet simpanan duit anda.

(Target + kumpul duit + tukar ke emas)

πŸ‘Jika anda suka dkenali sebagai Tokey Emas ,usahakanlah apa2 cara untuk menjualnya.

πŸ‘Jika anda target untuk membina bonus rangkaian dengan mengambil kesempatan ke atas RAMAINYA PEMINAT EMAS, suka bekerja dalam kumpulan maka tegakkan tiang & pasang signboard 'POWERGOLD' (promote@iklan).


Bulan ini nak RM50 jadi anda mesti dapatkan RM50 trsebut. Dan itulah namanya TARGET.


DUIT ANDA PILIHAN ANDA πŸ’

Friday, September 23, 2016

Mana Nak Simpan Dulu...

Entri #40: Mana Nak Simpan Dulu...
Teks: Noor Azila Mohamad (powergoldpaka) 
Sumber: Group Bahtera Emas 24K
Foto: powergold.biz




Bagi yang baru nak mulakan simpanan emas, mereka selalu tanya soalan macam ni.

Emas jenis apa yang perlu saya beli untuk mulakan simpanan emas saya ni?

1st time ni, jadi confuse nak gold bar ke dinar ke syiling ke barang kemas ke?

Ok baca jawapan ni:

πŸ’¬ bermula ikut kemampuan beli apa ketika ni.

πŸ’¬ ikut minat, tapi pupuklah minat kepada gold bar dan dinar sebab ianya emas 999.9 mampu milik(barang kemas 999.9 sangat mahal )

πŸ’¬ sebaiknya pelbagaikan, maksudnya campur2 gold bar dinar syiling dan barang kemas, semua nya berfungsi sebagai simpanan yang bagus

πŸ’¬ gold bar dan dinar dan syiling untuk jangka masa panjang beli simpan beli simpan .. barang kemas jika nak mudah ar rahnu di mana2

πŸ’¬ beli barang kemas terpakai atau pilih barang kemas upah terendah adalah pilihan bijak

πŸ’¬ yang penting simpan lah banyak emas 999.9 dan 916 yang tinggi kualiti dan nilainya..


Semoga bermanfaat buat newbie. Selamat menabung emas 😊

1gram1bulan1keluarga


Hubungi Saya:
Noor Azila Mohamad
Blog: powergoldpaka.blogspot.my
Email: noorazilamohamad@gmail.com
Sms/Whatsapp: 0192989202 

Thursday, September 22, 2016

Jom Tambah Koleksi

Entri #39: Jom Tambah Koleksi
Teks: Noor Azila Mohamad (powergoldpaka)
Foto: Koleksi peribadi



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semalam dapat koleksi baru, dapat tambah koleksi...biar sedikit yang pasti berterusan.. In shaa Allah, semoga sentiasa istiqamah. 



Cantik jugak koleksi yang terbaru ni, " gold & black "...dan koleksi merdeka dapat koleksi Tun Mahathir...best..best..best..



Yang belum bermula..jom mula sekarang..sikit-sikit..lama-lama membukit...In shaa Allah.. :)  


Hubungi Saya:
Noor Azila Mohamad
Blog: powergoldpaka.blogspot.my
Email: noorazilamohamad@gmail.com
Sms/Whatsapp: 0192989202




Wednesday, September 21, 2016

Menerima Pengiktirafan FEDMAS

Entri #38: Menerima Pengiktirafan FEDMAS

Teks: Noor Azila Mohamad (powergoldpaka)
Sumber: Group Bahtera Emas 24K
Foto: powergold.biz




EMAS KELUARAN AMETHYST MENERIMA PENGIKTIRAFAN FEDMAS


AMETHYST GOLD CREATION SDN BHD (951063-K) kini adalah ahli BIRO PIAWAI FEDMAS MALAYSIA


Siapakah FEDMAS?

Kebanyakan semua pengeksport, pengeluar utama dan borong di Malaysia adalah ahli-ahli kepada assay FEDMAS di mana mereka boleh mengemukakan sejumlah pengeluaran barang kemas mereka pd FEDMAS untuk daftar ketulenan.

Ia membantu untuk membina keyakinan di kalangan pembeli utama dan barang kemas dibuat di Malaysia untuk dieksport ke Timur Tengah, Amerika Utara, Eropah dan juga di Asia Tenggara.

Semua barang kemas yang dijual di Malaysia perlu DIUJI untuk ketulenan dan MESTI diterangkan berdasarkan Standard Malaysia (MS 1365: Part1: 1994) yang dibangunkan oleh SIRIM (Standard Industrial & Research Institute of Malaysia) di bawah Perihal Dagangan Peraturan-Peraturan (Artikel diperbuat daripada logam berharga) 1994.

FEDMAS berbangga menjadi salah satu ahli kumpulan (Logam berharga) wakil SIRIM untuk membantu dan memberi nasihat standard ketulenan barang-barang kemas yang diperbuat daripada logam berharga seperti emas dan perak.

Tiga makmal FEDMAS (Penang, KL dan JB) SAHAJA pejabat assay di Malaysia yang diiktiraf di bawah MS ISO / IEC 17025: 2005 yang diiktiraf oleh Standard Malaysia dan Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa.

Ini adalah BUKTI KOMITMEN syarikat dan kami smua sbg pembekal dan peniaga emas tulen di Malaysia.

Tahniah Amethyst dan tahniah Powergold.

Kini kita melangkah setapak lagi.


Sesungguhnya Amethyst adalah KILANG EMAS dan Powergold adalah syarikat yg memasarkan emas tulen.. kita buat jual beli EMAS FIZIKAL DAN BUKAN SEKALI-KALI PELABURAN EMAS @ APA2 SKIM.



Hubungi Saya:
Noor Azila Mohamad
Blog: powergoldpaka.blogspot.my
Email: noorazilamohamad@gmail.com
Sms/Whatsapp: 0192989202


Tuesday, September 20, 2016

Powergold.biz

Entri #37: Powergold.biz
Teks: Noor Azila Mohamad (powergoldpaka)
Sumber: Group Bahtera Emas 24K
Foto: Google Images




POWERGOLD πŸ’»

Ramai yang masih KELIRU dengan KONSEP yang diketengahkan oleh syarikat Powergold.

Sebenarnya Powergold SAMA seperti KEDAI EMAS BIASA yang menjual barang kemas, bar emas & dinar emas.

Cuma di ONLINE kan.

Secara mudahnya :

Kami ADA KILANG (Amethyst, Kedah) dan HQ tetapi TIADA PREMIS untuk jualan kepada umum. BERGERAK secara ONLINE di antara AHLI dan STOKIS.

Bergerak secara OFFLINE apabila pembeli MEMBELI barang DIRECT melalui stokis yang ada menyimpan stok di tangan ketika itu.

BUKAN SKIM PELABURAN yang menawarkan DIVIDEN tertentu SETIAP BULAN, tetapi JUAL BELI emas, dapat bawa balik emas dan simpan sendiri.

Untuk ahli-ahli yang berdaftar, dibekalkan web promosi & web akaun peribadi untuk menerima info terkini harga emas semasa, marketing tool, bonus & sebagainya.

BUKAN SKIM 4 D (duduk, diam, dapat , duit ) tetapi perlu ada usaha sendiri baru ada hasil.

Hasil Datang Dari :

1. Saving (Menyimpan & mengumpul emas)


Pembelian serendah 0.5 gram syiling emas kualiti 24k (999.9) atau sejajar dengan kempen utama powergold, 1 gram 1 bulan .

12 gram untuk setahun terkumpul.

Buat simpanan untuk jangka masa panjang di mana ketika harga belian balik emas sudah naik melebihi harga belian asal.


2. Trading ( Menjual )

Dapat untung runcit dan bonus repurchase untuk setiap gram yang terjual.


3. Networking ( Memperkenalkan )


Bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan, namun memperkenalkan simpanan emas kepada umum agar lebih ramai lagi masyarakat celik emas adalah fokus utama syarikat. Ini juga menjadi salah satu sumber rezeki yang berterusan untuk ahli dan hasil pendapatan lebih lumayan berbanding menjual sahaja.

Powergold BUKAN platform untuk dapat GANJARAN dengan bergoyang kaki.

Anda Usaha Anda Dapat, Biar rezeki lebih berkat!

ANDA BILA LAGI?! JADILAH SALAH SEORANG PENYIMPAN ATAU USAHAWAN EMAS BERSAMA KAMI!

BERMINAT nak daftar keahlian @ buat belian emas?




Hubungi Saya:
Noor Azila Mohamad
Blog: powergoldpaka.blogspot.my
Email: noorazilamohamad@gmail.com
Sms/Whatsapp: 0192989202


Monday, September 19, 2016

Nak Kumpul Emas Fikir 10 Kali...

Entri #36: Nak Kumpul Emas Fikir 10 kali...
Teks: Noor Azila Mohamad (powergoldpaka)
Sumber: Group Bahtera Emas 24K - Pn Suhana
Foto: Google Images






Nak kumpul emas fikir 10 kali.. πŸ’πŸ»πŸ’πŸ»

Dulu saya pun mcm tu. Orang ajak saving emas, reaksi saya "Nak makan pon tersekat-sekat. Ni kan pulak nak beli emas".

Tapi lama2 fikir, "Apa aset yang saya ada di usia saya sekarang??"

Nak beli rumah or tanah tak mampu lagi. Kereta?? Kereta tak boleh dipanggil aset sebab makin tahun harga kereta makin turun. Dah habis bayar kereta dah tak ada nilai pun kereta tu. Mungkin nilainya tinggal RM10k padahal beli dulu RM60k. So.. sia2 je.

Emas?? Ya emas.. Nilai emas makin lama makin naik setiap tahun. Dulu tak tahu pon emas ni boleh beli sekecil2 0.5gram. Selalu fikir emas mesti barang kemas yang harganya beribu2 tu. Mana nak cekau duit beli emas beribu2 tu. Bila diperkenalkan dan join Powergold barulah tahu yang kita boleh beli emas serendah 0.5gram dlm bentuk goldbar, syiling emas atau dinar.

Satu2 nya aset yang mudah dijual sedikit demi sedikit bila ada kecemasan dan saya boleh beli emas ikot kemampuan saya.

Andai kata saya masih fikir negatif tak nak mulakan simpanan emas saya dari Februari lepas, maka saya tak punya apa2 aset utk diri sendiri dan anak untuk masa depan.

Alhamdulillah sekarang dah boleh disiplinkan diri. Kadang2 kita rasa duit kita habis. Tapi hakikatnya emas itulah duit yang kita dah tukar menjadi aset dan kita boleh jual bila kecemasan dan di mana saja even di luar negara.


 "Jom Simpan EMAS" - 1Bulan 1Gram 1Keluarga

Berminat untuk tahu lebih lanjut atau inginkan bimbingan???

Hubungi saya: 
Noor Azila Mohamad
Email: noorazilamohamad@gmail.com
Sms/Whatsapp: 0192989202